Thursday, March 31, 2011

KeK LApIS ChOcOLAtE PePpERmInT~~Nyummmm

Ermmm....aku dah cuti Rini...so pe lagi aku nak menggOngle Sampai lebam la duk Rumah..hahahaha

Tibe plak tekak aku nak makan kek Lapis lak....terliuq sudah...huhuhu

so aku pun menggoggLe la REcepi Kek Lapis Yang aku suke makan....Kek Lapis Chocolate PepperMint....

Mak aku punye la kate kat aku...semangat carik Recepi nak buat ke pown..hahaha..mak tak caye ek...tak pe akan aku buktikan padenye.....cewahh.

ok aku dah jumpe recepi dia, so aku nak g beli bahan2 nye n nk wat arini jugak...lalalalala..



Bahan:

300 gm mentega                          
120 gm gula halus
6 biji telur (saiz besar)
80 gm sekaya
250 g susu pekat manis
80 g Horlicks
2 sudu the esen peppermint
2 sudu besar serbuk koko }
½ sudu the esen vanilla }
3 sudu besar air panas } … dicampurkan & dijadikan pes cokelat
secukup pewarna hijau.
160 gm tepung kek

care membuatnye :

1) Pukul mentega bersama gula dengan high speed sehingga kembang (kira-kira 7-8 minit).

2) Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus memukul hingga sebati. (kira-kira 4-5 minit)

3) Perlahankan speed (sederhana) lalu masukkan sekaya, susu manis dan Horlicks. Pukul lagi hingga rata. (kira-kira 2-3 minit)

4) Perlahankan lagi speed (slow, sekadar nak ratakan tepung) dan masukkan tepung kek dan biarkan adunan sebati. Jangan terlalu lama, kira-kira 1-2 minit jer. Ataupun boleh gunakan kaedah “fold-in method bila nak masukkan tepung ke dalam adunan telur/mentega tadi. Tak payah gunakan mixer.

5) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
i) 1 bahagian dibubuh esen peppermint dan pewarna hijau.
ii) 1 bahagian lagi dibubuh pes cokelat.

6) Panaskan ketuhar dgn suhu kira-kira 180-190 darjah Celsius, api atas & bawah. Bubuh 2 senduk adunan cokelat ke dalam loyang kek lalu ratakan. Bakarlah lapisan pertama ni sehingga masak (kira-kira 6-7 minit). Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan tekan sket dgn penekan kek lapis agar rata.

7) Kemudian, tukar suhu ketuhar kpd 200-210 Celsius (api grill/atas jer). Bubuh pula 2 senduk adunan peppermint/hijau dan bakarlah sehingga masak (6-7 minit). Bakarlah berselang-seli warna cokelat dan hijau sehingga selesai semua adunan.



Sekian..

Selamat Mencube ye~~~

Wednesday, March 30, 2011

Makan Time~~~

Kelmarin kan tah nape tah aku punyer la nak MAKAN nasik tomato..huhuhuhuhu...tak sempat dah nk suh mak aku wat...so.. aku g la kedai MAKAN peberet aku...nak makan nasik Tomato la...aku pun menuju la ke situ...

Dengan perasaan HAMPE.....aku g nak makan last2 waiter tu kate..."kak..nasik tak siap lagi" adoi la..mane tak nyer...aku g kedai tu kul 10.30AM......hahahahahha..memang la tak siap lagi....

AKu pun menggORder la nasik Ayam walaupun perasaan hampe menyelubungi ku...hahahahaha...ayat perh..meleleh.....

TAKPELA....nak wat camne kan....tapi...Semalam aku tak puas ATI...nak makan jugak nasik TOMATO kat kedai peberet aku tu....so sekali lagi..LUNCH semalam aku g jugak..hahahahaha..

Akhirnye.....termakbul jugak iMPian aku..hahahahahha....aku pun dengan PANTASNYE...mengGoRDER nasik Tomato n teh Ais....hehehhehehe...




Nasi Tomato + Teh Ais...

Alhamdulilah...sepinggan abis aku makan..lapo PUNYER pasal la katekan....huhuhuhuhu

SO..baru la TIDOR lena semalam ....sebab DAH dapat makan nasik Tomato tu...

hehehehe...ALhamdulilah...

Cuti + ReSt ~~~

Asalamualaikum.......sonok plak aku nak merapu kat BLOG ni..hahahahaha

Suke plak aku rini..al maklum la... dah start cuti...lalalalalala

So b4 aku start cuti panjang..PAnjang ke pown...huhuhuhuhu....tak kesah la janji Iktiraf CUTI... semalam aku DENGAN rajinnye MENYIAPKAN sume KEJA...

aku siapkan SUME KEJE supaya TIME aku cuti nanti takde SAPE leh kaco aku....hahahahaa

Penting sangat ke aku ni sampai de orang nak 'KACAU'....pasal ade la aku cite ni ha....huhuhuhuhu

Pe pe pun aku nak CUTI dengan tenang tanpe Pk HAL KEJE yang tak akan abis tu..haish...

Pe AKTIVITI aku time CUTI aku akan update time cuti nnti....tengah duk PLAN baik punyer ni...kuikuikui..

Tapi yang pasti dan aku Sure....aku nak PERABEH duit Gaji...hahahahaha..tak la sampai licin..nak mati belum sampai ujung bulan POKAI la aku nanti....

Maksud aku nak PERABEH nak soping sikit...ala tak banyak pon...NAK shoping BAJU......TUDUNG....KASUT...

ha aambik ko..tak banyak tu....TAK PE aku wat budget la nanti..hehehehhe

hahahahhaha..tapi kan semalam aku de KEJE LUA...sempat lagi aku SKODENG 1 baju MUSLIMAH NI....

tanpe membuang MASE N PK panjang..aku terus MEREMBAT sehelai..hahahahah..tak TAHAN DUGAAN kot....terus je beli...nk pk pe lagi..klau tak beli...TAK LENA la tido aku...huhuhuhhu



contoh jela..bukan aku beli yang ni pun....hehehehehe..ne leh tunjuk  yang aku beli.......................


So pe2 pon...BANYAK lagi benonye yang aku TERINGIN...tunggu balik cuti nanti lak...hahahha..kang sume beli skang time cuti nnti tak tau nak wat pe lak kan..kan.....kan...

Pe2 pon SELAMAT BERSOPING YE kawan-kawan....(^_^)v

Tertawa Di Dunia Menangis Di Akhirat

Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda 'Banyak orang tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'. Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri.Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi. Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampuai batas.Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.




Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita.

Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.


“Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur”. Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.


Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu,akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: “Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat.”


Saidina Ali sentiasa mengeluh ‘....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....’ Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.


Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda ”Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka.”Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.


Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata “Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.”

:: WaniTa AcuAn AL-QuRAn ::

:: WaniTa AcuAn AL-QuRAn ::
Seorang wanita Yang BerimanYang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWTYang Sentiasa Haus Dengan IlmuYang Sentiasa Dahaga Dengan PahalaYang Solatnya Adalah Maruah DirinyaYang Tidak Pernah Takut Berkata BenarYang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu


:: WaniTa AcuAn AL-QuRAn ::
Wanita Yang Menjaga TuturkatanyaYang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang DimilikinyaYang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang DicarinyaYang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang PelindungYang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh YangBersifat Jembalang


:: WaniTa AcuAn AL-QuRAn ::
Wanita Yang Menghormati IbubapanyaYang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan KeluargaYang Bakal Memelihara Keharmonian RumahtanggaYang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama IslamYang auratnya dikhaskan buat suami tercintaYang Mengamalkan Hidup Penuh KesederhanaanKerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat


:: WaniTa AcuAn AL-QuRAn ::
Sentiasa Bersedia Untuk AgamanyaYang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAWserta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullahYang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicaraYang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya


:: WaniTa AcuAn AL-QuRAn ::
Tidak Pernah Membazirkan MasaMatanya Kepenatan Kerana Kuat MembacaYang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan BerzikirYang Tidurnya Lena Dengan Cahaya KeimananBangun Subuhnya Penuh Dengan KecerdasanKerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan


:: WaniTa AcuAn AL-QuRAn ::
Sentiasa Mengingati MatiYang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang AkhiratYang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan DijagaMeneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki


:: WaniTa AcuAn AL-QuRAn ::
[Image]Wanita Yang Tidak Mudah TerpesonaDengan Buaian DuniaKerana Dia Mengimpikan SyurgaDi Situlah Rumah ImpiannyaBersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT

My LiFe

Pejam celik...Pejam celik dah 2 Tahun lebih aku bekerja Dalam Dunia Banking....

Aku Tak sangke betol ni la first JOB aku after aku abis stdy..Alhamdulillah REZEKI aku..

Bersyukur sangat dengan LIFE aku skang....Dulu mase sekolah aku pikir nak sambung STUDY kat mane la 

pas SPM....pastu dah dapat sambung study .......pikir nak keje mane lak bile abis nanti....huh..

Pas aku abis practical.....aku dapat interview untuk JOB yang aku dapat ni....

Sebulan lebih lepak kat umah....aku pun dapat offer keje yang aku keje skang ni...yeyeyeyeye....

Dengan ati yang gumbire dan bersyukur tak terkate...aku pun terus menerima keje dan JAWATAN yang aku

tak sangke ni......SYUKUR sangat.....^_^

Now....i'm hepy with my LIFE......:)

Saje-saje nak test....



Asalamualaikum......


erm....pe nak CITE ek....???aku pun tak tau sebenonye nak merepek ape kat blog aku ni...

sebenonye aku saje je nak TRY wat Blog SENDIRI....orang lain sume dah de blog...AKU je

baru nak wat...hahahahahha...KETINGGALAN betol la ko ni....huhuhuhuhu


Ape-apepun AKU nak try wat jugak walaupun aku nak MEREPEK yang tah pe2....huhuhuhu


Layankan JELA  wehhhhh.....