Friday, July 29, 2011

Ramadhan Al Mubarak

                          SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.


P/S: Moga Ramadhan kali ini memberi seribu makna buat diri aku..Insyallah~~

Thursday, July 28, 2011

~Doa ubati Perasaan Duka + Sedih~



اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.

P/s: PETUA BERAMAL~~~
Sesiapa ditimpa perasaan sedih dan duka , maka hendaklah dia berdoa dengan apa yang dianjurkan oleh Nabi saw ini . Tatkala Nabi saw selesai mengajar doa ini, seorang sahabat bertanya kepada baginda saw : Wahai RasululLah , orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan doa ini ? Jawab baginda saw Ya ! sebab itu bacalah olehmu doa ini dan ajarkanlah ia . Sesiapa yang yang membacanya menurut apa yang tersebut itu nescaya Allah swt akan menghilangkan dukacitanya dan memanjangkan perasaan senangnya.

Friday, July 22, 2011

Tahukah ANDA??

Tahukah korang, kite ni ade 3 jenis  GOLONGAN MANUSIA


Pertama.
- HIDUP DEMI DUNIA SEMATA-MATA
ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud: ' Dan tentu mereka akan mengatakan (pula) : ' Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini sahaja, dan kita sekali-sekali tidak akan dibangkitkan.' ( surah Al-An'a, 6:29)
Golongan ini ialah golongan yang KUFUR dengan nikmat ALLAH dan mengingkari hari kebangkitan..

Kedua.
-GOLONGAN YANG PERCAYA KEWUJUDAN AKHIRAT NAMUN.........
Namun mereka tidak berusaha ke arah mencapai kebahagian 'di sana'. Mereka selamba bersuka ria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk menggapai kebahagian di akhirat...

Ketiga.
- GOLONGANYANG MENGANGGAP DUNIA INI LADANG AKHIRAT.
Mereka menanam di sini untuk menuai di akhirat kelak.ALLAH berfirman yang bermaksud:' Dan tiadalah kehidupan di dunia ni selain daripada main-main dan senda gurau belaka.Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa.Maka tidakkah kamu memahaminya??'( Surah Al An'am 6:32)


P/s:: So, dimanakah agaknya kita terGOLONG???
Tepuk dada tanya IMAN...^_^

Wednesday, July 20, 2011

Muslimah Cantik...Ape Misteri & HebatNye Makna Cantik ???


Ape yang korang paham maksud cantik??.cantik tak semestinye dari segi luaran malah cantik dalaman perlu gak tau.Ape yang orang skrang ni nampak adalah dari segi cantik luaran saje.jom bace ape sebenarnya makna cantik menurut sumber ni..


Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan.  Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.
Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia. Padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu.  Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang anggap rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik, ada orang suka yang hitam.
Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.
Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang.  Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini!
Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar.  Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini.  Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut.  Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.
Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda.  Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.
Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.
Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana.  Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam Islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati.  Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.
Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak.  Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin.  Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.
Siapa anda, anda sendiri yang menentukan.  Pandangan manusia semuanya tidak sama.  Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka  dengan yang sepuluh juta itu


Friday, July 15, 2011

Nisfu Syaaban~~

~Doa Nisfu Syaaban ~

Erti Doa Nisfu Syaaban

Ya Allah …Yang Maha Pengurnia…tanpa dikurniai

Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan
Wahai Yang Empunya segalah kemurahan dan pemberian
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian
Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan
Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan

Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu
Sebagai penjahat lagi terkutuk
Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezki dariMu

Dengan segala kebajikan yang ada pada Mu
Ya Allah Hapuskanlah dari suratanMu itu Kejahatan yang tersurat tadi
Juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan
Termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku

Ya Allah tetapkanlah dalam suratan Mu
Sebagai orang yang berbahagia ....sentiasa beroleh rezeki
Menerima aneka kurnia dan kebajikan

Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah
Titahmu adalah Hak dan Benar
Tersurat dalam kitabMu yang diturunkan
Menerusi lisan Nabi Mu yang terutus
Yang bermaksud
Allah sesukaNya Menghapus dan Menentukan Sesuatu
DisisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir

Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung
Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia Ini
Di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara
Hindarkanlah dariku segala petaka
Yang aku ketahuinya ataupun tidak
Bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku
Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya

Aku mohon Rahmat Mu Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih
Dari sekalian Yang Mengasihani

Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam
Pada Penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu ’alaihi wasallam
Serta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya
Amin Yarabbul Alamin....
Nifsu Sya'aban

Marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban :

1. Selepas solat maghrib (14 Sya'aban)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (14 Sya'aban,)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & Selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya


Percaya Padaku~~


Aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu



Berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

Agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku
tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

Berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku




Wednesday, July 13, 2011

Fenin!!!!

Arini aku pening gile kepale..macam-macam bende aku kene buat dari A-Z...0-9...naik menyampah dah..
macam-macam hal nak jadik rini..napela sumenye rini..bagi la esok plak ke...haiya...dah la sorang-sorang nak cover opis ni..macam opis ni aku sorang yang bukak..hahaha..aku la pekeje aku la 'bos kecik' kat sini...so, sume keje aku yang buat...Terbaek la Norizma....
Pagi-pagi masuk opis kul 7.55am tadi aku dah mule mengadap pc nak semak akaun sape2 yang tertunggak yang tak reti-reti nak bayar hutang bile dah bagi pinjam..tak paham jugak aku jenis manusia camni..tak takot ke mati nanti penuh hutang keliling pinggang..aku pon de gak hutang, tapi setakat ni alhamdulilah la aku tak penah lagi mis nak bayar...takot beb hutang tu..sok mati sape nak bayarkan..aku tak mo susahkan mak ayah aku..cukup2 la dorang dah besarkan aku..tak nak tambah lagi beban kat deme..
Berbalik pade cite aku kat atas tadi..haish melencong lak...aku mulekan 'Operasi Libas' pd pukul 9.15am tadi penyudahnye kul 2.00pm tadi..mak ai penat gile..muke aku ni dah gile2 punyer berminyak panas kot cuace kat sini al maklumla dekat ngan laut...huhuhu..bak kate orang dah berjelaga dah muke aku ni..huhuhu..abis dah tak chantek dah..hahaha..(perasan jap)
Pas settle sume keje aku balik la opis kan..tak kan balik umh plak,,agak2 la baru kul brape..balik je opis..tangan aku ni mule la nak pantas je wat report..sebab aku tak suke tangguh2 dah keje..cewah...rajin la kunun padahal due date 15 Julai 2011...biase la aku ni jenis nk cepat siap sume keje...so that nanti aku leh wat keje lain yeke ek..hihihi..tak kesah la..janji aku tau keje aku tu..
At last..report aku siap gak..so dengan hati yang senang leh senyum sampai ke telinge la kunun..aku leh la rehat jap sambil la aku story kat blog aku nih..
Semoga harini keje aku siap sepenuhnye dengan cemerlang..hahaha

Tuesday, July 12, 2011

Wordless TuesdaY:: Kepingin+ Moody ::

+
+
+

Arini aku takde mood langsung nak buat keje..macam2 masalah aku pikir..aku tengah runsing + menyampah dengan sikap orang yang hipokrit..depan ke main 'manis' tapi belakang tah ape2 nye aku ni kene kutuk...
Nape ye sikap manusia cenggitu..apela salah aku ni sampai orang wat kat aku camni...hmm..aku Redha je ape yang jadi kat aku arini...So, untuk menghilangkan perasaan aku ni..aku nak makan sume yang aku senaraikan kat atas tu..huhuhu

Jom lunch nanti aku nak cari sume ni..cume sekerim tu je aku nak makan khamis ni sebab tak de kat tempat aku ni ha...aku kene g jauh sikit...tak kire nak g jugak cari nanti..huhuhu

Monday, July 4, 2011

- Jangan Mencari Terlalu Sempurna -

Jika kamu memancing ikan……    
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……    
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……    
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN   ia semula kedalam air begitu sahaja…….    
Kerana ia akan SAKIT   oleh kerana bisanya……    
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA   selagi ia masihhidup……    

Begitulah juga……    

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN   kepada seseorang ……    
Setelah ia mulai MENYAYANGI   kamu……    
Hendaklah kamu MENJAGA   hatinya……    
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA   begitu saja……    
Kerana dia akan TERLUKA   oleh kenangan bersamamu……    
dan mungkin TIDAK   dapat MELUPAKAN   segalanya selagi dia masih mengingati kamu……     

Jika kamu MENADAH   air biarlah berpada……    
Jangan terlalu BERHARAP pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……    
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU   sahaja……    
Kerana apabila ia mulai RETAK  ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……    
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……    

Begitulah  juga……    

Jika kamu sedang memiliki seseorang….  TERIMALAH   dia seadanya……    
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……    
Anggaplah dia manusia biasa……    
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN  …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA   dan MEMBOLEHKAN   hubungan kamu akan TERUS   hingga ke akhir hayat    
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan   MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana  kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya    
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……    
  
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……    
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……    
Yang MENGENYANGKAN   dan BERKHASIAT  ……    
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……    
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN  ……    
Kelak , nasi itu akan BASI   sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……    
Kamu akan MENYESAL  ……    

Begitulah juga……    

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN  ……    
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……    
MENYAYANGIMU  ….  MENGASIHIMU  ….dan MENCINTAIMU  ….    
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA   dengan yang lain……    
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN  ……    
Kelak , dia akan BERJAUH HATI   dan kamu akan KEHILANGANNYA   apabila dia menjadi milik orang lain……    
Kamu juga yg akan MENYESAL   dan tidak ada gunanya lagi……