1Sifat semulajadi Manusia
Saudara-saudari sekalian....
Dalam kita meniti kehidupan seharian, ada kalanya kita bersedih. Sedih adalah sifat semulajadi Manusia yang dicipta allah SWT. Mustahil ada Manusia yang tidak pernah bersedih. Sedih, suka, duka, bahagia, derita, adalah merupakan sunnatullah dalam kehidupan ini.
Bukankah allah mencipta sesuatu itu berpasang-pasangan? Sedih lawannya gembira, ataupun sedih pasangannya gembira. Derita pasanganya adalah suka, bahagia. Maka adakalanya kita merasa sedih dan itu adalah sifat semulajadi Manusia.
Namun apa yang perlu ialah bagaimana kita mengatasi kesedihan. Bagaimana untuk tidak menjadikan sedih itu suatu perasaan yang boleh mengikat diri kita, membelenggu diri kita, sehingga kita menjadi hamba kepada perasaan dan seterusnya membuat kita menjadi hilang pertimbangan.
Kesedihan bukan sesuatu yang boleh mendorong kita kepada kehancuran, ini kerana rasa sedih itu perlu disaat kita bermuhasabah atas segala kesalahan dan kesilapan lalu dan disaat kita mendambakan pengampunan dari allah.
2Nabi mengajarkan doa
Suatu ketika seorang sahabat sedang bersedih. Lantas Rasulullah SAW bertemu dan bertanya kepadanya: “Wahai sahabat, mengapa kamu bersedih?
Lantas sahabat tadi menjawab: “Ya rasullullah, aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas bahuku”
“Apa dia?”kata rasulullah.
“Hutang yang membelenggu diriku, dan kesedihan yang mengikat sanubariku.”
Lantas baginda saw bertanya: “Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa,satu amalan yang jika kau amalkan nescaya segala kesedihan, segala kedukaanmu akan diangkat oleh allah SWT, akan dipulihkan dan akan diganti dengan kegembiraan serta kebahagiaan?”.
“Ya, ya rasulullah. Sebutlah apakah doa dan amalan itu ya rasulullah?”
Lantas baginda mengajarkan sepotong doa..”Wahai sahabatku, jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan petang insyaallah sebanyak mana hutang mu, akan dilunaskan Allah SWT; setebal manapun kedukaanmu,akan dilenyapkan oleh allah SWT”.
Apakah doa itu?
Baginda mengajarkan doa seperti dibawah:
“Ya Allah, aku berlindung kepada kepada-mu daripada sifat sedih dan dukacita. Aku berlindung kepada-mu ya Allah, dari sifat lemah dan malas. Dan aku berlindung kepadamu ya-allah dari sifat penakut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada-mu ya allah daripada beban hutang dan tekanan perasaan oleh orang lain.”
Pahala Amal kebajikan boleh diibaratkan seperti seperti sebiji BENIH, yang mana ia akan membuahkan tujuh biji benih yang lain dan setiap biji benih mencambahkan 7 biji benih yang lain…Al-Baqarah..
P/S :semoga menjadi Renungan Bersama~~
No comments:
Post a Comment