Friday, May 27, 2011

Thinking Outside The Box~

Pada 23-25 MEI 2011, aku telah terpilih untuk mengikuti Kursus THINKING OUTSIDE THE BOX oleh Department aku...Mula2 rase sangat malas nak join sebab aku sorang mewakili Negeri aku..Tidakkkkk...so aku think +Ve nak g jugak...actually..nak tak nak kene g gak..hahahaha.
First day aku attend..ingat membosankan..tapi Surprise........sangat menyeronokkan sebenarnye...program ni membuatkan aku lebih banyak berfikir dan membuat keputusan dengan cepat...Banyak bende yang aku pelajari yang memotivasikan diri aku gak sebenarnya..so dari situ aku dah boleh yakin nak buat setiap keputusan nanti..


Antara yang aku pelajari ni la~

SEVEN INNOVATION TOOLS

Mesti korang ternganga tak paham ape yang aku tulis kan..so korang leh tengok kat Link Ni~


P/s : Ape yang penting sekarang ni adalah kemampuan berfikir dan membuat keputusan serta kemampuan diri sendiri mengatasi sesuatu..

Thursday, May 19, 2011

Chumelnyerrr~~








P/s: Chumelnyer baby ni.mau ku picit2 n gigit2 je rasenyer.~~




Tuesday, May 17, 2011

@ Marina Curve with My KeZen~






1. With Cik Nursyafiqah.lame gile tak jumpe dia...makin sihat ja..hehehehe..jangan marah sy ye..^_^

2. With Cik Nursyazwanie..dah nak same besa dengan aku..ke makin besa dari aku..

3. Sapelah yang posing dengan baju keje ni..~

4. Cik Pikah sibuk mencari hotel nak buat party untuk aku...huhuhu

5. Cik Wanie dengan muke malu2 kucing kene pakse posing..

Saturday, May 14, 2011

Himpunan Doa Harian~

Sila..Klik Sini
Hikmah Berdoa..

1. Doa adalah sebagai pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia.

2. Dengan berdoa akan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin.

3. Allah amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hambaNya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya.

4. Dengan berdoa akan mententeramkan jiwa kita, menjadi penawar dan penenang kepada hati yang bersedih. Firman Allah, 'Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang'. (surah Ar-Ra'du ayat 28).

5. Berdoa adalah ubat penyembuh bagi segala jenis penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahiriah mahupun penyakit batiniah.

6. Doa merupakan tali penghubung di antara anak dengan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di dalam kubur. Bersabda Rasulullah, 'Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan 3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang (setiasa) mendoakannya'. (H.R.Bukhari dan Muslim)

7. Dengan berdoa Allah akan membukakan pintu rahmat-Nya kepada manusia. Bersabda Rasulullah, 'Doa itu adalah anak kunci kepada pintu rahmat'. (H.R.Ad-Dailami)

8. Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin. Bersabda Rasulullah, 'Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah. (H.R.Muslim)


P/s: sama-sama kita membacenye..~

Caramel Cake~~NyumNyum.....

Salam semua..
korang mesti busan bace blog aku kan..yela banyak cite pasal makan je kan..nasib la tuan punyer blog suke makan-makan..hehehe..arini aku rase nak wat kek la...aku pun menggoogle jap tadi tengok kek yang senang n sedap..hehehehe...tibe2 aku rase nak makan kek karamel..dah lame kot tak makan kek ni...hehehehe..
erm..aku share yang korang resepi dia ek..korang leh bace kat bawah..tapi jangan la sekadar bace..try la wat kalau free nanti...


:: Resepinye::
karamel
60gram gula
2 sudu besar air
1 sudu besar air

puding
4 biji telor
500ml susu segar
70gram gula
sedikit esen vanila

kek span
70gram tepung gandum
60gram gula halus
2biji telor
20gram mentega (dicairkan)

::Cara-cara membuat::

1.        Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
2.    Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian   tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
1.     3.     Sediakan puding panaskan susu dan gula.sehingga gula hancur dan padamkan api.
4.     Masukkan telor dan esen vanila ke dalam mangkuk,pukul sedikit kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau perlahan-lahan tanpa berbuih.
5.     tapiskan no 4 kedalam loyang karamel tadi.
6.     Sediakan kek span.asingkan putih dan kuning telor.pukul telur putih dengan separuh gula.
7.     Pukul pula separuh telor kuning dengan separuh gula lagi sehingga membentuk krim.
8.     Campurkan kedua-dua adunan telor tadi dan kacau sehingga sebati.
9.     Ayak tepung kedalam No 8 dan kacau sehingga sebati.
10.   Akhir sekali masukkan mentega yang dicairkan tadi dan kacau sehingga rata.
11.   Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding,masukkan air suam kedalam dulang oven, bakar sehingga 40 minit.adunan keke tadi akan terapung di permukaan adunan puding ...so puding tu tak yah bakar atau kukus ye..
12.   Sejukkan dulu kek/puding itu sebelum dikeluarkan untuk di ngap..hehehe..

P/s: senang je kan..so ape lagi cepat salin n pegi beli sume bahan dan buat ye...Selamat Mencube~~

Monday, May 9, 2011

Kursus Muhasabah Diri Sesi 2/2011

Aritu aku de post pasal nak g kursus kan...so...semalam telah selamat SELESAI kursus tersebut...sangat happy and very tired..tapi enjoy...
so aku cite la serba sikit ape yang berlaku selame sehari setengah tu ye....

Sabtu, 7 Mei 2011

5.00am- dah bangun tido tu...semangat tol...hahaha
7.30am-bergerak ke KEM PLKN GEMILANG, GOPENG..
8.50am- baru sampai kem setelah sesat mencari kem yang kedalam betol..( macam tempat kes pembunuhan   Arwah Sosilawati je..huhuhuhu)
9.00am-10.30am-pendaftaran dan taklimat program
11.00-11.30am-taklimat mengenai aktiviti yang hendak dijalankan dan aktiviti kumpulan
12.00-2.00pm-persembahan kumpulan.
2.30-3.00pm rehat dan solat zohor
3.00pm-6.30pm-aktoviti lasak, flying fox
6.30-7.00pm-makan malam
7.00-9.00pm-solat maghrib dan isyak berjemaah
9.30-12.00am-night walk
1.00am-tidorrrr

Ahad, 8 Mei 2011

3.30-6.30am-Qiamulail, solat subuh dan kuliah subuh
7.00-7.30am-senaman satu Malaysia
7.30-8.30am-minum pagi
8.30-11.00am-aktiviti merentas halangan
11.00-11.30am-kudapan pagi
12.00-1.00pm-berkayak dan berakit
1.00-2.00pm-rehat dan solat zohor
2.00-2.30pm-makan tengahari
2.30-3.30pm-upacara penutup

kebanyakan semua aktiviti aku join walaupun pada mulenye duk takot2..kalu pkr takot sampai bile pun tak mau buat kan..
so aku dengan ade perasaan berani sikit ni buat la jugak..hehehehe...
pas buat sumetu baru tau eNjoy dia cam ne..best sangat walaupun pastu sakit satu badan...
banyak pengalaman la aku g kem ni antarenye Masuk Hutan sorang2 tu la paling mencabar keberanian aku...pastu berkayak n berakit....tapi dah cube rase cam nak lagi je..best la plak...

ni ade serba sikit gamba2 sepanjang aku di kem tersebut.


ni la kem tempat kursus~





antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan~





ape2 pun selesai sudah kursus kepimpinan DIRI untuk tahun 2011...Amin~
Next year tak tau pe plak programnye....
pasni ni siap sedia untuk KURSUS pasal keje lak..ini lagi memeningkan pale aku...ape2 pun Layankan jela...tuntutan TUGAS dan TANGGUNGJAWAB..~

Friday, May 6, 2011

Jom BermuHaSabah Diri!!!

Salam alls..
seperti yang aku dah post ritu..aku akan  pergi Kursus MUHASABAH diri a.k.a Kursus BIRO TATANEGARA La. sok..7Mei 2011 sehingga 8Mei 2011. dengan perasaan cam nak tak nak je ni, mau tak mau aku kene g gak Kursus ni...semua orang join nape plak aku tak nak join kan...so ape2 pun lupekan seketika pasal keje yang MELAMBAK kat opis, OPERASI LIBAS yang bakal menanti lagi, AGGREMENT yang tak siap, FAIL yang tak proses lagi, SITE VISIT yang tak buat lagi...ha pe lagi bizi betol aku....tak sangke banyak gile keje aku tak buat lagi...hahahahaha..ah ..lupekan jap...aku nak g release TENSION kat Kem tu nanti...pas balik nanti baru la aku pkr balik HAL keje tu..tak kemane pon sume tu...hahaha


P/s: aku akan update pe yang bakal berlaku mase Kursus selame 2 ari tu nanti...

'Selamat BermuHasabaH diri buat DIRI aku sendiri dan kawan2 seperjuangan'~~

Wednesday, May 4, 2011

Cara-Cara Untuk BersabaR~


kesabaran itu adalah SEBAHAGIAN daripada iman kita.....lebih baik banyak bersabar daripada kita berkata-kata dan ALLAH akan sentiasa ada dan banyakkan berdoa



untuk itu, marilah kita sama2 renungkan cara bagaimana untuk BERSABAR..


1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.
9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu.
14. Jangan fikir bahawa cita-cita dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.

p/s: semoga menjadi panduan kita bersama..Insyaallah..AMIN..

Meeting ohh Meeting!!

Esok bermula la Meeting kali ketiga sejak tahun 2011 untuk Department aku...haish....setiap kali time meeting je mule la ati aku tak tenteram..gundah gulane tak menentu....risau bagai..huhuhuhuhu..entah ape yang aku pikir tah le...
Dalam pale aku tengah bermain-main bermacam2 soklan..ha ambik....apela yang aku kene Hentam ngan bos sok..adoiyai..takotnye....
Ape yang aku diberitahu oleh Ketua Unit aku...pasal meeting sok...bos nak discuss performance untuk Suku Tahun Pertama ( Jan-April 2011 )wawawawa...menjawab la sok aku..

Tapi ape yang dorang  nak aku da prepare la sikit2..arap2 aku leh lak menjawab sume persoklan yang ditanye tanpe gagap..hahahaha..
Bende yang paling aku risau bile ditanye hal opis aku....anak buah aku...performance aku..opkos la aku tau  kan performance aku....yang merunsingkan aku hal opis n anak buah aku la....adoi...ape yang aku risau kan ape aku nak jawab hal dorang..keje dorang. yang tu aku tak suke nak jawab tu...
Ape2pun tunggu dan lihat je sok ape yang dipersoalkan...aku harap tak de la ISU@ KES besar yang melibatkan opis dan anak buah dibawah jagaan aku...Amin~~
Moga ALLAH permudahkan segala URUSAN kerja aku dengan baik dan sempurna hendaknye...

Sunday, May 1, 2011

Makan Time~~

Seperti yang aku post aritu pasal gaji+inreament....so aku tunaikan hajat aku nak belanjer family aku makan..hehehe..cari punyer cari kedai makan yang sedap...ade la 1 kedai makan ni kat area Kemunting..leh tahan la jugak makanan dia..ke sebab aku dah sememangnya lapar..so makan ape pun sodap..hahahaha...so ape lagi...selamat menjamu selera...

ni la kedai makan nye..~~Restoran Selera Malam~~

~~ahli -ahli yang join ~~



dan kebetulan jugak pada 29 April 2011, bufday adik aku shahrul yang ke 21 tahun..dah beso pun adik aku..hehehhe..so, kire celebrate la sekali...semoga panjang umor dan murah REZEKI dunia dan akhirat..Amin~~


P/S : Ape yang aku puas hati..bile orang-orang yang aku sayang hepi sumenye~
      : sorang lagi aku nak belanjer...cik abang aku plak..hehehehe..bile sy nak belanjer dia ni tak sabarnye..^_^

TQ Allah...