Salam semua..
korang mesti busan bace blog aku kan..yela banyak cite pasal makan je kan..nasib la tuan punyer blog suke makan-makan..hehehe..arini aku rase nak wat kek la...aku pun menggoogle jap tadi tengok kek yang senang n sedap..hehehehe...tibe2 aku rase nak makan kek karamel..dah lame kot tak makan kek ni...hehehehe..
erm..aku share yang korang resepi dia ek..korang leh bace kat bawah..tapi jangan la sekadar bace..try la wat kalau free nanti...
:: Resepinye::
karamel
60gram gula
2 sudu besar air
1 sudu besar air
puding
4 biji telor
500ml susu segar
70gram gula
sedikit esen vanila
kek span
70gram tepung gandum
60gram gula halus
2biji telor
20gram mentega (dicairkan)
::Cara-cara membuat::
1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
2. Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
1. 3. Sediakan puding panaskan susu dan gula.sehingga gula hancur dan padamkan api.
4. Masukkan telor dan esen vanila ke dalam mangkuk,pukul sedikit kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau perlahan-lahan tanpa berbuih.
5. tapiskan no 4 kedalam loyang karamel tadi.
6. Sediakan kek span.asingkan putih dan kuning telor.pukul telur putih dengan separuh gula.
7. Pukul pula separuh telor kuning dengan separuh gula lagi sehingga membentuk krim.
8. Campurkan kedua-dua adunan telor tadi dan kacau sehingga sebati.
9. Ayak tepung kedalam No 8 dan kacau sehingga sebati.
10. Akhir sekali masukkan mentega yang dicairkan tadi dan kacau sehingga rata.
11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding,masukkan air suam kedalam dulang oven, bakar sehingga 40 minit.adunan keke tadi akan terapung di permukaan adunan puding ...so puding tu tak yah bakar atau kukus ye..
12. Sejukkan dulu kek/puding itu sebelum dikeluarkan untuk di ngap..hehehe..
P/s: senang je kan..so ape lagi cepat salin n pegi beli sume bahan dan buat ye...Selamat Mencube~~
No comments:
Post a Comment